Friday, October 13, 2023

Rusa

 Rusa atau menjangan  adalah haiwan mamalia pemamah biak (ruminan) yang termasuk dalam keluarga Cervidae. Keluarga ini dibahagikan kepada kelompok Cervinae mencakup kijang dan elk dan kelompok Capreolinae mencakup rusa kutub dan moose. Spesies rusa ditemukan di semua benua seluruh dunia kecuali di Australia dan Antartika, spesies rusa paling banyak ditemukan di Asia.

Salah satu ciri khas rusa adalah adanya tanduk isitmewa bukan macam tanduk biasa yang merupakan pertumbuhan tulang yang berkembang setiap tahun (biasanya pada musim panas) terutama pada rusa jantan (walaupun ada beberapa pengecualian).


Etimologi

Perkataan "rusa" berpunca daripada akar *uRsa dalam bahasa Proto-Austronesia. Kata-kata seasal daripada akar ini termasuk usá dalam bahasa Tagalog.


Perkataan "menjangan" datang daripada bahasa Jawa: ꦩꦼꦚ꧀ꦗꦔꦤ꧀, translit. menjangan.


Taburan habitat

Habitat semula jadi rusa meliputi sebahagian besar Eurasia dan Amerika, dengan kepelbagaian tertinggi tertinggi di Amerika Selatan dan Asia Tenggara. Di Afrika, hanya satu spesies alami sahaja yang masih ada (rusa Atlas), dan hanya terdapat di sebahagian kecil Afrika Utara.[3] Selain itu, manusia telah membawa rusa ke kawasan bukan asli, termasuk Australia, New Zealand, New Guinea dan beberapa pulau Caribbean.

Majoriti spesies lebih suka kawasan hutan tertutup serta terbuka, dan pinggir hutan. Sesetengah spesies, seperti Muntiacus atau rusa pintail biasanya ditemui dalam kawasan tumbuhan lebat, manakala yang lain menunjukkan kecenderungan yang lebih fleksibel, dan kebanyakannya berlaku di lokasi pinggir hutan dengan peralihan kepada landskap yang lebih terbuka. Hanya beberapa spesies seperti rusa kutub atau rusa pampas (Ozotoceros bezoarticus) telah menyesuaikan diri secara langsung dengan tanah lapang. Selain itu, rusa paya (Blastocerus dichotomus) dan rusa air tinggal di kawasan paya. Secara ringkas, kelompok rusa telah mendiami dari tanah pamah hingga tanah tinggi setinggi 5100 m, dan mendiami iklim tropika hingga tundra Arktik.


Ciri

Rusa terbesar ialah moose dengan tinggi mencecah 2.6 meter (8 ka 6 in) dan berat 800 kilogram (1,800 lb). Elk boleh berketinggian 1.4–2 meter (4 ka 7 in–6 ka 7 in) di bahu, dan memiliki berat 240–450 kilogram (530–990 lb). Rusa pudu utara di Amerika Selatan adalah yang terkecil, dengan ketinggian serendah 32–35 sentimeter (12 1⁄2–14 in) di bahu, dan memiliki berat 3.3–6 kilogram (7 1⁄4–13 1⁄4 lb); rusa pudu selatan setikit lebih tinggi dan berat.

Rusa merupakan perenang dan pelompat yang baik. Secara amnya, rusa bersifat ruminan, yakni pemakan tumbuhan, dan memiliki perut empat rongga. Sesetengah rusa seperti di pulau Rùm, boleh makan daging apabila ada.

Warna bulu lazimnya daripada merah hingga perang, tetapi boleh menjadi segelap perang coklat atau kekelabuan seperti dalam elk. Beberapa spesies rusa broket memiliki bulu berwarna kelabu hingga perang kemerahan. Sebilangan spesies seperti cital, rusa fallowand the rusa Sika memiliki bintik putih pada bulu kulitnya yang perang. Bulu kulit rusa kutub memiliki ciri variasi geografi yang ketara. Rusa menyalin kulitnya dua kali setahun; dalam rusa merah sebagai contoh, bulu merah nipis pada musim panas diganti sedikit-sedikit dengan bulu perang kekelabuan yang padat pada musim luruh, dan berubah semula pada musim bunga. Penyalinan bulu ini berlaku berdasarkan kesan fotokala.


Tanduk

Semua rusa jantan memiliki tanduk kecuali rusa air, di mana jantan mempunyai taring panjang seperti gading yang mencapai bawah rahang bawahan. Rusa betina secara amnya tiada tanduk, tetapi rusa kutub memiliki tanduk yang kecil dan kurang bercabang berbanding cabang. Kadangkala, betina spesies lain boleh memiliki tanduk seperti rusa merah.

Tanduk dikaitkan dengan kedudukan satu-satu organisma dalam hierarki sosial dan tingkah laku. Sebagai contoh, semakin berat tanduk, semakin tinggi status individu dalam hierarki sosial; jantan bertanduk besar cenderung lebih bersikap agresif dan dominan terhadap organisma lain. Tanduk juga boleh melambangkan kualiti genetik; jantan dengan tanduk lebih besar berbanding saiz badan cenderung memiliki rintangan lebih baik terhadap patogen dan kemampuan pembiakan yang lebih baik. Tanduk juga berupaya memberi perlindungan daripada pemangsa, seperti kes rusa di Taman Negara Yellowstone.


Gigi

Kebanyakan rusa memiliki 32 buah gigi, dengan elk dan rusa kutub mengekalkan gigi kanin atasan, dan dengan itu, miliki 34 gigi. Gigi pipi rusa memiliki hujung sabit dari enamel, yang membolehkan rusa untuk menguyah aneka tumbuhan.


Taksonomi

Rusa (keluarga Cervidae) berada di bahawa Artiodactyla. Keluarga ini pertama kali dijelaskan oleh pakar zoologi Jerman Georg August Goldfuss dalam Handbuch der Zoologie (1820). Tiga subkeluarga diiktiraf: Capreolinae, Cervinae dan Hydropotinae.

Percubaan lain pada klasifikasi rusa telah berdasarkan perbezaan morfologi dan genetik. Naturalis Inggeris-Ireland Victor Brooke mencadangkan pada 1878 bahawa rusa boleh dicabangkan kepada dua kelas mengikut ciri-ciri tulang metakarpus kedua dan kelima pada kaki hadapan mereka: Plesiometacarpalia (kebanyakan rusa Dunia Lama) dan Telemetacarpalia (kebanyakan rusa Dunia Baru). Beliau menganggap rusa kasturi sebagai rusa jati, meletakkannya di bawah Telemetacarpalia. Walaupun rusa telemetakarpus hanya menunjukkan unsur-unsur yang terletak jauh dari sendi, rusa plesiometaiarpus mengekalkan unsur-unsur lebih dekat dengan sendi juga. Pembezan berdasarkan nilai kromosom diploid pada lewat abad ke-20 diganggu beberapa ketidakselarian.


Taksonomi luaran

Hingga 2003, rusa kasturi diletakkan sebagai takson saudara Cervidae. Walau bagaimanapun, kajian filogenetik kini menunjukkan bahawa Moschidae dan Bovidae membentuk klad saudara kepada Cervidae. Menurut kajian, Cervidae mencapah dari klad Bovidae-Moschidae dalam 27 ke 28 juta tahun dahulu. Kladogram di bawah adalah berdasarkan kajian tersebut.

Rusa

 Rusa atau menjangan  adalah haiwan mamalia pemamah biak (ruminan) yang termasuk dalam keluarga Cervidae. Keluarga ini dibahagikan kepada ke...